Sunday, 28 October 2012

CONTOH RPH LENGKAP UNTUK MAKRO PENGAJARAN - BERWUDHUK


SALAM....


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TARIKH : 01 OKTOBER 2012
KELAS : 1 MAJU
HARI : SELASA
M/PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
S.K : 3.3 -   WUDHUK
S.P :   3.3.1 / 3.3.2 / 3.3.3 / 3.3.4
OBJEKTIF : PADA AKHIR PEMBELAJARAN MURID-MURID DAPAT …


1.    MENYATAKAN RUKUN WUDUK MENGIKUT URUTAN

2.    MENYEBUT PERKARA SUNAT-SUNAT SEBELUM  WUDUK

3.    MENGHAFAZ  NIAT WUDUK DENGAN LANCAR




MASA : 10.00 – 10.30 AM

BIL. PELAJAR : 4 ORANG

PENGETAHUAN SEDIA ADA : MURID PERNAH MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG

KONSEP : SUCI DARI HADAS  KECIL

BAHAN : GAMBAR,  LEMBARAN KERJA, PAPAN TULIS

NILAI : BERADAB. TAAT, RAJIN

KEMAHIRAN : MENGINGAT, MENYEBUT, MEMBEZA




Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
05M
Botol air mineral-Kegunaan Air
Guru menunjukkan air mineral dan bertanya tentang kegunaan air tersebut

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang hendak diajar

Murid menjawab tentang kegunaan air tersebut
Air dalam botol
Langkah 2
10M

Rukun-rukun wuduk
Guru mempamerkan gambar tentang rukun wuduk satu persatu dan membuat penerangan

Guru mengarahkan murid membaca penerangan yang terdapat pada gambar

Guru menulis rukun wuduk di papan tulis dan mengarahkan murid membaca


Murid mendengar dengan teliti apa yang diterangkan guru




Murid memerhati  dan membaca
ABM Gambar
Rukun Wuduk
Langkah 3
05M
Perkara-perkara sunat sebelum berwuduk

Guru menjelaskan beberapa perkara sunat sebelum berwuduk sambil menunjukkan gambar

Guru mengarahkan murid  membaca keterangan yang ada pada gambar

Guru menulis sunat-sunat wuduk di papan tulis


Murid memerhatikan gambar  sambil mendengar




Murid membaca secara kelas



Murid membaca secara individu
ABM gambar
Perkara Sunat Sebelum
wuduk











Papan tulis
Langkah 4
05M

Niat wuduk
Guru menulis niat wuduk di papan tulis

Guru mengarahkan murid membaca

Murid memerhati dan membaca secara  kelas dan   individu
Papan tulis

Latih tubi  hafazan

Penutup
05M
Rumusan/Nasihat/
Lembaran kerja
Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan

Guru menasihatkan murid rajin bersolat

Murid menjawab latihan  yang diberi


Murid mendengar nasihat guru
Lembaran kerja







REFLEKSI – GURU DAPAT MENERANGKAN TAJUK BERWUDUK DENGAN BAIK BERPANDUKAN ABM YANG DISEDIAKAN. SEMUA MURID BOLEH MENYEBUT RUKUN WUDUK MENGIKUT URUTAN DENGAN BETUL.  ADA MURID YANG TIDAK BOLEH MELAFAZKAN  NIAT WUDUK DALAM BAHASA ARAB DENGAN LANCAR.


No comments:

Post a Comment